Apakah kriteria untuk projek GT

Di bawah polisi GT yang dilancarkan pada 24 Julai 2009, ia telah jelas bahawa mana-mana produk, kelengkapan atau sistem yang memenuhi kriteria berikut dikategorikansebagai projek GT;

i. Mengurangkan degradasi alam sekitar
ii. Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
iii. Selamat untuk digunakan dan menggalakkan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua bentuk hidupan
iv. Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber asli
v. Menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui
vi. Untuk maklumat terperinci lanjut mengenai kriteria projek, sila merujuk kepada operasi GTFS & garis panduan.