Apakah jenis kos yang dibenarkan untuk dibiayai di bawah GTFS? Adakah modal kerja boleh dipertimbangkan?

Semua komponen kos yang jatuh di bawah kriteria Teknologi Hijau adalah dibenarkan untuk mendapatkan pembiayaan di bawah GTFS. Walaubagaimanapun, bagi pembelian bahan mentah, ia mungkin tidak akan layak kerana pembiayaan hanya lulus bedasarkan projek. Namun, jika pemohon boleh memuktikan bahawa bahan mentah itu berkait rapat dengan projek mereka sebagai contoh: (pembelian tandan buah kosong untuk loji kuasa biomas, pembelian panel solar untuk pembinaan bangunan dan sebagainya)maka ianya akan dibenarkan.